Select Page

Siapa Khalifah Usahawan?

“Khalifah Usahawan Adalah Khalifah Berjaya..”

Selamat datang #KhalifahKu..

Jika anda membaca ruangan ini bermakna anda mengambil berat dengan siapa anda berurusan..

Khalifah Usahawan, Kami membina Tribe dan Akademi sejak september 2016 untuk membantu golongan Usahawan Bumiputera  Islam PKS yang inginkan kemajuan. Kami menggunakan teknik 3R (Recheck, Restructure & Regrow)

Story Coach Alim

Dimulakan dengan rasa kasih dan sayang pada mak bapak, sejak kecil daripada saya berumur 9 tahun lagi saya dah memerhatikan perniagaan mak bapak saya. Dalam pikiran saya, “Bagaimana nak majukan lagi bisnes mak bapak aku ni er?!”

Hye dan Assalamualaikum salam perkenalan daripada saya Muhammad Alim Munen. boleh juga panggil saya (Coach Alim) not yet a mentor..

Ada beberapa sebab minat & passion saya dalam bidang keusahawanan dan inilah cerita saya..

Ia bermulai sebab nampak mak bapak saya sibuk siang malam, Sewaktu itu saya memikirkan “apalah mak bapak aku sibuk sangat siang malam buat kerja..”

Apabila tahu bapak saya pergi kerja di tapak binaan jauh-jauh daripada area KL, Saya terkejut dan membayangkan bahaya yang bapak saya terpaksa hadap untuk naik motor pergi balik kerja..

then apabila masuk darjah 5 barulah ada kesedaran sikit, “mak bapak aku kerja dan berniaga ni untuk memenuhi keperluan harian aku dan adik-beradik aku..” sambil boleh tengok anak-anak membesar depan mata..

Mak saya berniaga nasi lemak di hadapan rumah sewa kami. iatu di kg pandan dalam, ampang sejak 2001. Tiap pagi mak saya berniaga nasi lemak dan kuih-muih..

Apabila waktu cuti sekolah saya sebagai anak sulung saya akan tolong mak saya jaga kedai dan layan kastemer,  Awal-awal tu rasa terpaksa juga..

..lama-kelamaan saya rela dan dah menjadi rutin, malahan telah menjadi minat pula, ini kerana mak saya akan sentiasa bercakap berkenaan ilmu bisnes pada saya, diantaranya ialah cara dan adab berniaga..

Sehinggakan saya berazam untuk membantu majukan perniagaan mak saya. Selepas tu mulalah saya membaca buku perniagaan, buku pemasaran dan mencari peluang perniagaan..

Saya pernah terjebak sebagai agent MLM dan pada tahun sama juga saya terjun ke bidang internet marketing disebabkan waktu tu juga tuan Irfan Khairi pon naik terkenal namanya sebagai jutawan internet..

Bermula disaat berumur 15 tahun habis PMR saya kenal dengan seorang “pakar” waktu itu pada tahun 2007 yang mengajar beberapa orang lingkungan 40-an termasuk saya “budak form 3” yang entrepreneur wannabe so saya belajar since then about pemasaran online (affiliate marketing) clickbank, advertising dan one word saya..

Saya sekarang juga sudah belajar pelbagai ilmu bisnes, lebih kepada pemasaran dan juga leadership. maka lahirlah kini jenama saya yang dikenali sebagai KhalifahUsahawan (formerly known as AlimAcademyDotNet).

Sejak September 2016 sehingga kini saya menjalankan training, coaching dan servis pengiklanan untuk usahawan bumiputera islam PKS yang baru atau yang ingin memajukan bisnes dan tingkatkan jualannya daripada Kosong “0” sehinggalah 5-7 angka sebulan.

Kepakaran saya lebih kepada strategi growth business dan growth marketing selain menyediakan servis digital marketing (AlimAgency)..

Dan akhir sekali saya juga adalah pengasas kepada (Majlis Thaifah Manshurah) sebagai Ayahanda Guru Alim yang fokus utama Kebajikan, Penyatuan, Rawatan Islam & Perisai Diri.

Anda boleh juga rujuk laman web personal saya >>klik disini<<